CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 6, 2008

huhu

Friends Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Monday, October 6, 2008

hargai jasa guru teman-teman

blog saya ini memaparkan tentang jasa-jasa orang yang dekat dengan kita...
kalau di rumah ibu-bapa yang menjadi penjaga yang memagar kita untuk tidak terjebak dengan dengan gejala sosial tetapi jika di sekolah guru adalah orang yang rapat dengan kita..yang memagar perasaan memberontak kita untuk mencari keseronokan bukan untuk belajar..
Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita,walau siapa pun kita, apa guna tanpa restu ibu bapa kita dan guru. Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan..kerana tanpa mereka tidak mungkin kita akan mencapai kejayaan pada hari ini. jadi sebagai seorang pelajar di Universiti Sains Malaysia saya sediakan beberapa cara untuk berjaya sebagai teladan rakan-rakan dan sebagai persiapan diri saya untuk menjadi guru yang baik..
akan saya sampaikan kepada bakal-bakal pelajar saya insyaallah...
1. Ilmu secukupnya.(ditambah mengikut selera ).
2. Sebuah ketekunan (diparut ).
3. Sedikit kerajinan (diasah ).
4 Hiris keinsafan (dimayang).
5 Keping kasih-sayang ).
6. Beberapa potong nasihat / petua.
7. Beberapa pohon doa.
8. Segenggam harapan.
9. Semangkuk azam.
10. Seulas keiklasan.
11. 1/4 cawan air mata.
12. Sedikit dendam &cemburu (dilumat).
13. Secebis malas (ditumbuk halus).
14. Sekuntum senyuman (untuk hiasan).
Resepi Pelajar Terbaik. Kongsi : -ilmu . -bantu kawan yang mengalami masalah pelajaran. - firman Allah bermaksud : “ Aku sangat benci kepada orang yang menyembunyikan ilmunya”. -gunakan bahasa yg baik apabila berbual sesama rakan.

hargai lah jasa ibu kita teman-temanku

Keluarga yang tidak memahami perasaan kami ......" wadah kolot!!!1
Sebab seorang lelaki entah yang baru berapa tahun dikenali, sanggup dia buang keluarga dia. Cuba kita fikir dari segi logik. Ibu kita berapa lama dia bela kita, ayah kita berapa lama dia bela kita. Bandingkan dengan lelaki yang kemaruk sangat kita nak kawhin dengannya. Bandingkan jasa antara dia dan ibu bapa kita. Pasti jauh berbeza, umpama langit dan bumi. Berapa banyak sangat jasa orang yang konon kita cintai tu berbanding ibu bapa kita. Sanggup kita buang jasa ibu bapa kita sejak dari kita belum lahir, waktu kita kecil, beri pendidikan pada kita hanya kerana seorang lelaki yang baru beberapa tahun kita kenal. Yang jasanya umpama kuman nak dibanding dengan lautan jasa ibu bapa kita. Sanggup kita buat begitu pada ibu bapa kita?
Ya, mungkin ada yang menyatakan keluarga tidak memahami perasaan pasangan muda yang sedang gian bercinta, umpama tanpa cinta yang buta itu, hilanglah segala nikmat dunia. Kalau benar sekalipun keluarga tidak memahami, adakah patut itu dijadikan alasan untuk mengetepikan mereka. Cuba kira, sejak kita lahir, apalah sangat 'kesalahan' ibu bapa kita tidak memahami niat kita yang konon suci untuk berkahwin. Adakah sejak kecil semua perkara yang kita buat ibu bapa kita tidak memahami. Adakah 99% daripada perasaan kita ibu bapa kita tidak faham. Fikirlah wahai kawan-kawanku. Adilkah hanya kerana sekali ibu bapa kita tidak 'memahami' kita, maka kita mencampakkan mereka ke tepi. Di mana keadilan!
Patutlah ada yang berkata cinta itu buta. "Bila cinta sudah melekat, taik kambing pun disangka coklat". Tapi 'cinta yang buta' itu bukan alasan kita untuk menghalal segala tindakan kita yang melampaui batas. Kalau dulu heboh kerana cinta 'suci', habis tergadai seluruh body. Yang ni pula, kerana cinta habis ibu bapa dibuang ke tepi.